Advertising
Giliran Akhyar Rashid Resahkan Kim Pan-gon
MakanBola
Haziq / MakanBola

Giliran pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid memberi keresahan kepada ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Terdapat dua insiden serangan yang menggemparkan Malaysia selepas Akhyar Rashid dan Faisal Halim diserang oleh pihak yang dikenali.

Ad

Keadaan bertambah buruk apabila pemain sayap Selangor itu disimbah asid ketika berada di sebuah pusat membeli-belah Damansara sementara Akhyar diserang dengan menggunakan cota.

Ad

Perkembangan terbaru oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa Faisal Halim terpaksa meluoakan bola sepak buat beberapa bulan.

“Yang pentingnya saya katakan pada dia, lupakan seketika bola sepak untuk pastikan dia cepat sembuh dalam tempoh beberapa bulan akan datang, ujar Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi laporan wartawan Astro Arena, Fateen Syazwani.

Ad

Hamidin juga memberitahu bahawa keadaan pemain kebangsaan itu menyedihkan apabila beberapa bahagian anggotanya mengalami kecederaan.

Ad

“Keadaan Faisal Halim agak menyedihkan. Bahagian kaki tiada masalah, cuma bahagian tangan kiri, rusuk dan bahu tercedera kena simbahan asid.”

Ad

Salah sebuah media Korea Selatan, Best Eleven melaporkan bahawa dua pemain ini dijangka tidak akan memperkuat skuad negara pada aksi bulan Jun nanti.

“Khabar buruk melanda kem Malaysia menjelang siri dua perlawanan penting ini pada bulan Jun, apabila timbul situasi dua penyerang (Akhyar dan Faisal) terpaksa menarik diri daripada siri dua perlawanan ini.

“Pemain yang terlibat ialah Akhyar Rashid (Terengganu) dan juga Faisal Halim (Selangor),” ujar laman tersebut selepas menemu bual Kim Pan-gon.

Keadaan dua pemain ini difahamkan dalam keadaan stabil tetapi masih tidak boleh beraksi bagi permulaan saingan Liga Super musim 2024/25.