Liga Super: Terengganu Tapau Kedah Ikat Tepi
Dunia
Kedah Darul Aman
Advertisements

Terengganu FC tidak menghadapi masalahapabila beraksi dengan cukup cemerlang bagi membantu pasukan melakar kemenangan ke atas Kedah Darul Aman dengan keputusan 2-1.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam usaha untuk memburu 3 mata berharga bagi melonjakkan kedudukan dalam Liga Super.

Pasukan kendalian Nafuzi Zain jelas lebih selesa beraksi di gelanggang sendiri apabila bermula dengan cukup garang.

Advertisements

Asakan bertali arus dari bahagian kanan padang nyata membuahkan hasil apabila larian deras yang dilakukan oleh Faisal Halim telah mengelirukan barisan pertahanan Kedah.

Kpah Sherman mudah menolak masuk bola selepas Ifwat Akmal sudah pun keluar dari posisinya.

Tidak terhenti di situ, banyak gerakan yang terus dilancarkan menerusi penyerang import itu namun masih tidak berpeluang untuk menggandakan jaringan.

Advertisements

Kedah pula mendapat peluang yang agak baik apabila rembatan jarak jauhnya berjaya menggegar palang namun Suhaimi Husin kekal tenang mengawal keadaan.

Bersambung babak kedua, Kedah mempamerkan kebangkitan untuk mencari gol penyamaan namun kecemerlangan barisan pertahanan Terengganu menggagalkan usaha ini.

Gol kedua tuan rumah hadir pada minit ke-57 apabila rembatan pemain tengah pasukan, Manuel Ott dari luar kotak penalti menambah gol kedua pasukan. 

Advertisements

Pada minit akhir permainan, pemain sayap berpengalaman, Azamuddin Akil sempat menjaringkan gol saguhati pasukan namun masih gagal mendapat 3 mata.

Perlawanan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus menyaksikan Terengganu membawa pulang 3 mata berharga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram