“Terima Kasih Anak Muda, Anda Tidak Bersalah”
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Usaha keras dan komitmen skuad muda negara di pentas Asia kali ini harus diberi pujian dan segala aspek kelemahan perlu segera dikenalpasti dan diperbaiki oleh pihak yang bertanggungbjawab.

Menurut bekas pemain kebangsaan, Hasnizam Uzir, para pemain yang bertungkus-lumus membawa nama negara ini tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya di atas kekalahan pada kempen Piala Asia Bawah 23 edisi 2024 ini.

Walau bagaimanapun, beliau meletakkan kesalahan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai badan induk sukan bola sepak di negara yang gagal menyediakan satu ekosistem pertandingan yang baik dan membina buat para pemain muda yang ada di negara ini.

Advertisements

Selain itu, persiapan yang diatur buat skuad bawah 23 tahun kebangsaan juga dianggap tidak serius oleh Hasnizam yang turut menjadi salah satu faktor kegagalan pasukan pada kempen di Asia kali ini.

“Terima kasih anak muda atas pengorbanan anda, kamu tidak bersalah, yang bersalah badan induk yang tidak menyediakan ekosistem pertandingan pemain belia yang terbaik di Malaysia dan persiapan yang tidak serius,” tulis Hasnizam Uzir di laman X beliau.

Skuad muda negara menamatkan kempen Piala Asia Bawah 23 di tangga tercorot kumpulan D selepas mencatatkan tiga kekalahan dalam semua aksi termasuk tewas tipis 1-2 kepada Kuwait pada Selasa.

Advertisements

Jaringan penyerang muda KL City, Haqimi Azim tidak berjaya menyekat hasrat tiga mata Kuwait yang terlebih dahulu menjaringkan dua gol pada aksi yang turut dicemari dua kad merah termasuklah kepada penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel.

Kegagalan meraih sebarang mata pada kempen kali ini seakan mengulangi skrip sama seperti mana edisi dua tahun lalu apabila Malaysia yang dibimbing Brad Maloney ketika itu terpaksa pulang awal setelah menamatkan saingan kumpulan di tangga tercorot setelah tumpas dalam ketiga-tiga perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram