Terima Kasih Pemain Kedah
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain mengucapkan terima kasih atas perjuangan hebat pemainnya berdepan Sri Pahang.

Baru-baru ini, pemain utama Sang Kenari tidak turun berdepan KL City FC di Cheras selepas isu luar padang yang difahamkan masih belum menemui jalan penyelesaian.

Ad

Nafuzi bagaimanapun menghamburkan pujian tertinggi kepada anak buahnya yang berjuang habis-habisan sungguhpun tidak berada dalam keadaan fizikal terbaik menentang Tok Gajah.

Ad

“Terima kasih kepada para pemain yang membantu saya untuk turun beraksi susulan permasalahan yang dihadapi oleh pasukan kita. Komitmen pemain Kedah malam ini amat luar biasa.

“Komitmen pemain buat saya terharu. Kedah boleh menang aksi menentang Sri Pahang ini. Pemain menunjukkan satu sikap profesional yang amat tinggi kerana semua amat sayangkan Kedah.

Ad

Beliau juga mengesahkan bahawa masih belum ada penyelesaian buat Kedah Darul Aman sungguhpun pemain utama turun beraksi.

Ad

“Walaupun belum selesai apa-apa, tetapi atas rasa cinta dan saya kepada pasukan selain melihat kesusahan aksi sebelum ini tanpa pemain utama.

Ad

“Sungguhpun tanpa kerelaan, perasaan berbelah bahagi tetapi pemain tetap memberikan aksi yang terbaik,” jelas Nafuzi selepas perlawanan.

Aksi seterusnya menyaksikan Kedah bakal bertemu Sabah dalam misi mendaki carta Liga Super 2024/25.