Terjahan Keras Toni Kroos Tamatkan Perjuangan Pedri Di Euro Lebih Awal
MakanBola
SEFutbol
Sponsors

Pemain tengah Sepanyol, Pedri terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat pentas Euro lebih awal setelah dilaporkan mengalami kecederaan serius akibat diterjah oleh Toni Kroos.

Pedri diberi kepercayaan oleh jurulatih Sepanyol, Luis De La Fuente untuk mengemudi jentera tengah La Roja bersama dua lagi pemain iaitu tonggak tengah Man City, Rodri dan Fabian Ruiz.

Ad

Walau bagaimanapun, malang menimpa Pedri apabila seawal minit ketujuh permainan, beliau telah diterjah secara kasar oleh pemain tengah Jerman, Toni Kroos di hadapan kawasan kotak penalti lawan.

Ad

Kecederaan itu menyebabkan pemain muda Barcelona itu terpaksa dibawa keluar oleh De La Fuente dan tempatnya digantikan oleh pemain RB Leipzeig, Dani Olmo untuk meneruskan baki permainan.

Satu ciapan terkini daripada wartawan terkemuka, Fabrizio Romano mengesahkan bahawa perjalanan Pedri di Euro terpaksa ditamatkan lebih awal akibat kecederaan yang dialami itu.

Ad

”Persekutuan Bola Sepak Sepanyol mengesahkan Pedri mengalami terseliuh sisi dalaman di lutut kirinya,” tulis Fabrizio Romano di laman X.

Ad

“Aksi Euro (bagi Pedri) sudah tamat, ujian perubatan akan menyusul selepas ini.”

Keputusan akhir menyaksikan Sepanyol mara ke separuh akhir setelah jaringan lewat Mikel Merino memastikan Jerman kecundang di laman sendiri meskipun kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat 90 minit.