Terkini: Brendan Gan Tinggalkan Selangor
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Perancang tengah berpengalaman Selangor FC, Brendan Gan membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan selepas hampir empat musim bersama.

Pemain berusia 36 tahun itu baru sahaja selesai mengharungi aksi di Piala Asia bersama Harimau Malaya selain memainkan watak penting untuk mengikat Korea Selatan.

Masa depan beliau bagaimanapun tidak diputuskan sebelum ini apabila tempatnya di Selangor kelihatan tergugat.

Advertisements

Bekas pemain Perak ini tidak diturunkan dalam kesebelasan utama bagi tiga terakhir The Red Giants di Liga Super 2023 sekaligus menimbulkan tanda tanya.

Spekulasi itu akhirnya terjawab apabila Selangor mengesahkan akan berpisah dengan jeneral itu bagi saingan musim 2024/25.

Advertisements

Brendan telah pun beraksi hampir 80 penampilan selain meledak 14 gol dan merekodkan 12 bantuan gol secara keseluruhannya.

Beliau dijangka membawa haluan baharu dengan spekulasi kuat mengaitkan kepulangannya untuk beraksi di A-League bagi musim baharu seperti yang dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram