Terkini: Kim Pan-gon Nafi Hantar Surat, Komited Bimbing Malaysia Hingga Akhir 2025
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menafikan telah menghantar surat peletakan jawatan dan komited untuk terus membimbing Harimau Malaya hingga akhir 2025.

Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengendali kelahiran Korea Selatan itu menyatakan keinginan untuk terus membimbing Malaysia dan yakin tugasannya belum berakhir.

“Saya ingin menafikan laporan berita yang disiarkan di portal BH Online pada jam 7:57 malam tadi bahawa saya telah menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan bersedia untuk meninggalkan skuad Harimau Malaya.”

Advertisements

“Kenyataan dalam laporan berita tersebut yang dipetik daripada sumber itu sama sekali tidak tepat kerana saya tidak menghantar apa-apa surat berkaitan perkara tersebut.”

Beliau sentiasa berhubung dengan Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin sambil menyatakan hasrat untuk kekal dan meneruskan perjuangannya bersama Harimau Malaya.

Advertisements

“Selepas membaca laporan berita tersebut, saya terus menghubungi Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin bagi menjelaskan mengenai perkara ini dan saya sendiri telah memberi jaminan kepada beliau bahawa misi saya bersama skuad Harimau Malaya belum berakhir dan saya tidak akan meninggalkan pasukan ini begitu sahaja,” ujar Pan-gon dalam satu kenyataan oleh FAM.

Pan-gon juga optimis untuk terus membantu skuad kebangsaan layak ke pentas Piala Asia 2027 dan mengharungi dua lagi aksi peringkat kumpulan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

“Untuk makluman semua penyokong Harimau Malaya, saya akan terus komited untuk membimbing skuad Harimau Malaya sehingga kontrak saya berakhir pada hujung 2025 dengan misi utama untuk membawa Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak automatik ke Piala Asia 2027.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram