Ads
Tewas Kepada Jepun, Jurulatih Syria Letak Jawatan Serta-Merta
Asia
Syria FA

Jurulatih Argentina, Hector Cuper mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengendali pasukan kebangsaan Syria semalam.

Advertisements

Keputusan itu diumumkan beliau menerusi satu kenyataan yang disiarkan di platform media sosial rasmi Persatuan Bola Sepak Syria (SFA).

Advertisements

Cuper menyifatkan perlawanan terakhir Kumpulan B Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Jepun dengan Helang Qasiun sebagai penamat kepada usahanya bersama pasukan itu.

Advertisements
Advertisements

Beliau turut memohon maaf kepada penyokong Syria kerana gagal membawa pasukan berkenaan layak ke pusingan ketiga kelayakan. Syriga gagal layak selepas dibelasah Jepun 5-0.

Ini menyebabkan Helang Qasiun terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketiga kumpulan selepas dipintas Korea Utara. Korea Utara muncul naib juara Kumpulan B selepas mengumpul sembilan mata berbanding tujuh mata yang dikumpul Syria.

Advertisements

“Saya sangat gembira bekerja dengan pemain-pemain ini dan dengan semua bantuan yang saya terima daripada Persekutuan Bola Sepak Syria (SFA), mereka sangat bekerjasama dalam segala-galanya yang kami minta sebagai bantuan teknikal.

“Tetapi saya rasa perlawanan ini (kekalahan Syria di tangan Jepun) adalah penghujung pentas untuk saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong sukan di Syria dan juga kepada pengurusan SFA kerana memberi tenaga mereka untuk membantu kami. Malangnya ini ialah bola sepak.

“Saya berterima kasih kepada pemain atas usaha yang mereka lakukan dan saya memohon maaf kepada peminat Syria kerana saya ingin menggembirakan mereka. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua untuk saat-saat susah dan senang yang kita kongsi bersama.

“Saya cuba memberikan yang terbaik, kami bermimpi bersama dan mencuba (mendapatkan sasaran yang besar),” katanya.

Sejak dilantik sebagai jurulatih Syria pada Februari 2023, beliau bertanggungjawab membimbing pasukan itu layak ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Asia 2023.

Era Cuper turut menyaksikan kemasukan ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan Syria. Antara pemain warisan yang dipilih mewakili Syria ialah Jalil Elias, Ezequiel Ham, Pablo Sabbag, Mahmoud Dahoud dan Emiliano Amor.

Memandangkan lebih ramai pemain warisan menyertai skuad Syria, Cuper turut mengharapkan penyokong agar kekal memberi sokongan kepada pasukan itu.

Ini kerana projek tersebut bersifat jangka panjang dan mampu membuahkan hasil buat Syria di arena antarabangsa.

“Anda mempunyai pemain yang sangat bagus sekarang, tetapi mereka memerlukan lebih banyak masa untuk serasi dan membina pasukan yang kuat.

“Projek yang dilancarkan oleh persatuan ini memerlukan masa yang lebih lama. Saya mendoakan anda selamat berjaya untuk hari-hari yang mendatang,” ujarnya.

Advertisements

Sehinga artikel ini ditulis, SFA belum mengumumkan siapa yang bakal menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih Helang Qasiun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram