Ads
Asia Tenggara

Pemain Malaysia, Junior Eldstal berjaya menyelamatkan pasukan yang diwakilinya, Chonburi FC daripada dimalukan pasukan tercorot liga, Rayong FC dengan jaringan pada masa kecederaan.

Advertisements

Jaringan tersebut dilakukan pada waktu kecederaan separuh masa ke-2 sekaligus mengakhiri perlawanan dengan keputusan 1-1.

Advertisements

Jaringan ini juga merupakan jaringan pertama Junior di saingan Thai League 1.

Advertisements

Advertisements

“Bagus untuk saya meninggalkan sesuatu di Liga Thai dan gol pertama untuk Chonburi.” Jelas Junior di akaun Twitternya.

Sejak menyertai pasukan Chonburi, Junior berjaya mempamerkan aksi bertenaga dibarisan pertahanan dan beberapa kali membantu pasukannya melakukan beberapa gerakan berbahaya ke kawasan kotak penalti pasukan lawan.

Advertisements

Sementara itu, Tan Cheng Hoe juga tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Junior mewakili pasukan kebangsaan sekali lagi memandangkan pemain berdarah Sweden-Malaysia ini kelihatannya telah kembali cergas dari kecederaan jangka panjang yang dialaminya sebelum ini.

Chonburi mengakhiri saingan Thai League 1 dikedudukan ke-12 berbanding 16 pasukan dan perlawanan menentang Rayong FC merupakan perlawanan terakhir liga pasukan berkenaan untuk musim ini.

Advertisements

Di Chonburi, Junior Eldstål telah membuat 12 penampilan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram