Thai League 1: Sentuhan Tan Cheng Hoe Bantu Police Tero Belasah Bangkok United
MakanBola
Police Tero
Sponsors

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe, Police Tero FC berjaya mencipta kejutan apabila menewaskan Bangkok United dalam aksi Thai League 1 pada Jumaat.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Boonyachinda menyaksikan bekas jurulatih Selangor itu menurunkan barisan terbaik dengan formasi 4-1-4-1 sambil jentera serangan diketuai oleh penyerang import, Juvhel Tsoumou.

Ad

Bangkok United yang kini berada di tangga kedua liga bermula garang dengan penguasaan bola yang tinggi di samping beberapa percubaan di awal permainan yang menyebabkan tuan rumah hanya mampu bertahan di kawasan sendiri.

Ad

Walau bagaimanapun, Police Tero berjaya mengejutkan pasukan pelawat menerusi jaringan bek kanan, Dennis Villanueva dari jarak jauh pada minit ke-36 untuk menceriakan penyokong tuan rumah.

Jaringan tersebut kekal hingga rehat sekaligus menyaksikan Police Tero mendahului 1-0.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by True Bangkok United (@true_bangkok_united)

Ad

Kembali dari rehat, Bangkok United segera melakukan tiga pertukaran serentak bagi memperkemas corak permainan khususnya di bahagian pertahanan dan tengah pasukan.

Ad

Tuan rumah terus bersorak ria apabila penyerang utama pasukan, Juvhel Tsoumou menanduk masuk gol kedua Police Tero sembilan minit bersambung babak kedua untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Pasukan pelawat berusaha keras untuk merapatkan jurang kedudukan namun kekebalan benteng pertahanan The Silver Shield Dragon menyaksikan Bangkok United terus buntu.

Tujuh minit sebelum permainan tamat, Police Tero terus mengganas dengan gol ketiga menerusi pemain Palestin, Yashir Islame Pinto sekaligus membuatkan pelawat terus kecewa.

Aksi 90 minit tamat dengan keputusan, Police Tero 3-0 Bangkok United.

Ini merupakan kemenangan kedua Tan Cheng Hoe dalam 10 perlawanan Thai League 1 bersama Police Tero sejak dilantik untuk mengendalikan kelab ini pada penghujung Februari lalu.

Kemenangan berharga ini melonjakkan kedudukan Police Tero dua anak tangga ke tempat ke-14 liga dengan 28 mata daripada 28 perlawanan.