Thai League 1: Tan Cheng Hoe Alami Kekalahan Pertama, Police Tero Ditewaskan PT Prachuap
Asia Tenggara
Police Tero FC
Advertisements

Tan Cheng Hoe mengalami kekalahan pertama bersama Police Tero apabila pasukan itu tunduk kepada PT Prachuap dalam aksi terbaru Thai League 1 hari ini.

Selepas meraih keputusan 1-1 dengan Nakhon Pathom pada minggu lepas, The Silver Shield Dragons berharap dapat meneruskan momentum dengan meraih kemenangan pertama dalam lapan perlawanan.

Kali terakhir pasukan itu meraih kemenangan ialah pada 11 Disember 2023. Perlawanan tersebut menyaksikan Police Tero menewaskan Chiangrai United.

Advertisements

Malangnya, hajat Cheng Hoe melihat The Silver Shield Dragons meraih kemenangan tidak kesampaian. PT Prachuap yang diberi jolokan The Killer Wasps mula menunjukkan bisa pada minit ke-15.

Pemain tengah tuan rumah, Kasidech Wettayawong menyumbat gol pertama perlawanan selepas menerima hantaran pemain sayap Brazil, Samuel Rosa.

Belum sempat Police Tero bangkit memburu gol penyamaan, gawang pelawat bolos lagi pada minit ke-20.

Advertisements

Kali ini, giliran pemain tengah menyerang Chutiphol Thongthae pula menembusi gawang yang dikawal Natthapat Makthuam. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, The Killer Wasps terus memberi tekanan kepada Police Tero bagi mendapatkan gol tambahan.

Ini memaksa Cheng Hoe membuat beberapa pertukaran bagi memantapkan kembali barisan anak buahnya.

Advertisements

Malangnya, barisan pertahanan tuan rumah diketuai bek tengah Brazil, Airton berjaya mematahkan setiap percubaan yang diatur The Silver Shield Dragons.

Police Tero terus berdepan kesukaran apabila bek tengah berdarah Australia-Thailand, Maxx Creevey dibuang padang pada minit ke-67.

Creevey sebelumnya hanya dilayangkan kad kuning selepas membuat terjahan ke atas pemain PT Prachuap.

Advertisements

Bagaimanapun, selepas insiden itu disemak di monitor oleh pengadil, pengadil tidak teragak-agak membatalkan kad kuning dan melayangkan kad merah kepada bek tengah berusia 28 tahun itu.

PT Prachuap terus berusaha mencari gol tambahan tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan The Killer Wasps merapatkan jurang dengan Police Tero kepada satu mata.

Kasidech dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini oleh Sofascore dengan markah 7.8 mata.

Selepas ini, PT Prachuap bakal menentang Uthai Thani pada 30 Mac. Manakala Police Tero pula perlu bangkit bila menentang Muangthong United pada 31 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram