Advertising
“Thailand Ada Rancangan Sekat Xuan Son” – Masatada Ishii
MakanBola
Changsuek

Pengendali Thailand, Masatada Ishii memaklumkan pasukan itu sudah ada rancangan untuk menyekat penyerang berbisa Vietnam, Nguyen Xuan Son.

Selepas diberi peluang membuat penampilan pertama dalam aksi terakhir Kumpulan B menentang Myanmar, Xuan Son tidak menoleh ke belakang.

Ad

Lima gol yang dijaringkan beliau bukan saja membantu Vietnam mara ke final ASEAN Championship 2024. Malah, ini menjadikan Xuan Son sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Ad

Ketajaman penyerang berdarah Brazil itu dilihat menjadi penghalang antara Thailand dan gelaran juara ASEAN Championship buat kali kelapan.

Atas sebab itu, Ishii memiliki perancangan tersendiri untuk menyekat Xuan Son menjelang aksi final membabitkan kedua-dua pasukan itu.

Ad

“Ianya mustahil untuk membandingkan dua pasukan pada ketika ini. Ketika ini, Vietnam sudah menunjukkan peningkatan,” katanya seperti dilaporkan VNExpress.

Ad

“Mereka telah mengubah pasukan dan memiliki seorang pemain penting. Nguyen Xuan Son. Saya ada rancangan untuk sekat Xuan Son tapi itu biarlah rahsia.”

Ad

Gajah Perang menghadapi aksi final tanpa kelibat Teerasak Poeiphimai. Penyerang Port FC itu perlu berehat antara enam hingga lapan minggu selepas cedera dalam aksi separuh akhir kedua kejohanan baru-baru ini.

Thailand dan Vietnam bakal berentap dalam aksi final pertama di Stadium Viet Tri pada 2 Januari. Ini disusuli aksi final kedua di Stadium Rajamangala pada 5 Januari.