Advertising
Thailand Terpaksa Lupakan Teerasak Poeiphimai
MakanBola
Changsuek

Thailand terpaksa membayar harga mahal agar dapat meraih tiket final ASEAN Championship 2024.

Ball Thai Stand melaporkan Gajah Perang kehilangan khidmat Teerasak Poeiphimai akibat kecederaan koyak pada bahagian otot.

Ad

Kecederaan tersebut menyaksikan Teerasak terpaksa melupakan aksi final ASEAN Championship 2024 menentang Vietnam. Ini kerana beliau perlu berehat antara enam hingga lapan minggu.

Ad

Teerasak mengalami kecederaan dalam aksi separuh akhir kedua kejohanan menentang Filipina pada 30 Disember lalu.

Situasi itu menyebabkan pengendali Gajah Perang, Masatada Ishii memasukkan Worachit Kanitsribampen sebagai pengganti beliau.

Ad

Thailand meraih kemenangan 3-1 sekaligus mara dengan keputusan agregat 4-3. Peeradon Chamratsamee, Patrik Gustavsson dan Suphanat Mueanta mencipta nama sebagai penjaring Thailand.

Ad

Situasi ini juga dijangka memeningkan pengendali Port, Rangsan Viwatchaichok. Ini kerana Teerasak merupakan penjaring terbanyak pasukan itu dengan enam gol.

Ad

Selain tidak dapat beraksi dalam saingan Thai League 1, beliau juga perlu melupakan aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Ini kerana Port bakal berentap dengan kelab gergasi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors pada 13 dan 20 Februari 2025.

Meskipun tidak dapat beraksi di final, Teerasak dijangka terus bersama skuad Thailand sebagai tanda sokongan moral kepada rakan-rakan sepasukannya.