Pasukan futsal kebangsaan Thailand melakar kemenangan bermakna ke atas Malaysia dalam satu aksi persahabatan.
Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dengan skuad negara dalam momentum cemerlang musim ini.
Thailand bermula garang untuk menjaringkan gol pendahuluan menerusi ledakan pada minit ke-5 sebelum Malaysia menyamakan kedudukan pada minit ke-7 menerusi jaringan cantik Saad Sani.
Giliran Malaysia berada di depan hasil jaringan Syahir Iqbal Khan pada minit ke-16 namun tidak bertahan lama apabila pemain lawan menyamakan kedudukan selang seminit.
Bersambung babak kedua, Thailand menjaringkan gol ketiga selepas berjaya memperdaya penjaga gol negara.
Maruah Malaysia seakan mampu diselamatkan apabila Syahir sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-33 namun dimusnahkan oleh pemain Thailand pada minit ke-39.
Keputusan ini kekal hingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Malaysia tewas dengan keputusan 4-3.
Sebagai rekod, Malaysia berjaya merekodkan satu keputusan seri berdepan Afghanistan, satu kemenangan berdepan Taiwan dan tewas kepada Thailand.