Advertising
Thailand Guna Skrip Sama 3 Kali, Peluang Malaysia Atasi Singapura
MakanBola
Changsuek

Thailand menggunakan skrip sama tiga kali sekaligus memberikan pengajaran kepada Malaysia berdepan Singapura.

Pertemuan Thailand dan Singapura menyaksikan kemenangan berpihak kepada Changsuek namun pasukan ke-97 dunia itu dilihat menggunakan percaturan serupa dalam tiga aksi awal.

Ad

Pengendali Thailand, Masatada Ishii cenderung untuk melakukan magisnya pada babak kedua perlawanan menerusi beberapa pertukaran pantas untuk mengubah keputusan perlawanan.

Ad

Thailand berjaya menjaringkan 11 gol pada babak kedua dalam ketiga-tiga perlawanan selain memanfaatkan kuota pertukaran sepenuhnya untuk mengubah keputusan.

Percaturan ini membawa tuah kepada Changsuek yang kini kebal tiga perlawanan sebelum menentang Kemboja pada 20 Disember ini.

Ad

Bukan itu sahaja, 4 gol yang dijaringkan menentang Singapura juga diatur menerusi gerakan bola lambung ke dalam kotak penalti sekaligus menjadi panduan berguna kepada Harimau Malaya.

Ad

Thailand kini unggul di tangga teratas kumpulan dengan 9 mata disusuli oleh Singapura (6), Kemboja dan Malaysia dengan 4 mata.

Ad

Aksi antara Malaysia vs Singapura berlangsung pada 20 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) jam 9 malam.