Advertisement
Thailand Hantar Amaran Awal Kepada Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pasukan kebangsaan Thailand menghantar amaral awal kepada Harimau Malaya.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu pada aksi ketiga peringkat kumpulan bagi saingan ASEAN Mitshubishi Electric Cup 2024.

Skuad Gajah Perang mengikuti langkah Indonesia untuk mengumumkan barisan 26 orang pemain lebih awal dengan mempertaruhkan skuad terbaik.

Pasukan kendalian Masatada Ishii mempertaruhkan nama-nama seperti Patiwat Khammai (penjaga gol), Pansa Hemviboon, Suphanan Bureerat dan juga Nicholas Mikelson pada posisi pertahanan.

Pemain tengah pula menyaksikan watak seperti Peeradol Chamrasamee, Ben Davis, Supachok Sarachat dan juga Ekanit Panya menjadi taruhan.

Tiga penyerang muda iaitu Teerasak Poeiphimai, Suphanat Muentha dan juga Patrick Gustavsson yang beraksi di Jepun untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Asia Tenggara itu berdasarkan senarai yang diumumkan oleh Thailand.

Rekod 6 perlawanan terakhir menyaksikan Changsuek berjaya merekodkan 4 kemenangan dan dua keputusan seri menentang Laos dan Lubnan.

Harimau Malaya bagaimanapun masih belum mengumumkan barisan pemain yang bakal dipertaruhkan namun dijangka adalah skuad campuran pemain senior dan pemain muda.

Skuad kebangsaan akan membuka langkah menentang Kemboja pada 8 Disember 2024 di tempat lawan sebelum melayan kunjungan Timor Leste pada 12 Disember.

Malaysia kini menghuni kedudukan ke-133 dunia setelah prestasi cemerlang menewaskan Laos serta mengikat India tempoh hari.