Asia Tenggara

Thailand Tempah Tiket Ke Final, Atasi Skuad Muda Vietnam Saat Getir

Thailand Vietnam Thailand Tempah Tiket Ke Final, Atasi Skuad Muda Vietnam Saat Getir
Changsuek
Advertisements

Thailand berjaya melangkah ke pentas final Piala AFF B-16 apabila menewaskan Vietnam dengan keputusan 2-1.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dan berada pada momentuk cemerlang selepas menewaskan lawan masing-masing tempoh hari.

Usaha itu bagaimanapun direncatkan dengan kekebalan benteng pertahanan lawan untuk mencari jaringan.

Tandukan yang dilakukan oleh pertahanan Thailand hasil sepakan penjuru pada minit ke-30 hampir membuahkan jaringan.

Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, persembahan rancak oleh Vietnam dan Thailand B-16 untuk mencari gol pembukaan.

Usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila Phong H. menyempurnakan sepakan penalti Vietnam sebelum Phuriphan menyamakan kedudukan buat Thailand minit ke-63.

Tambahan masa 5 minit berjaya mengubah keputusan perlawanan apabila pemain Thailand meledak gol kemenangan untuk membawa pasukan ke final.

Indonesia atau Australia bakal menjadi lawan Thailand pada aksi final kelak pada 3 Julai 2024.