Thailand terus dibadai masalah kecederaan menjelang aksi final kedua ASEAN Championship 2024.
Selepas kehilangan khidmat Teerasak Poeiphimai akibat kecederaan, giliran Akarapong Pumwisat pula meresahkan pengendali Thailand dari Jepun, Masatada Ishii.
Akarapong terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama aksi menentang Vietnam pada 2 Januari lalu akibat kecederaan. Tempatnya digantikan pemain tengah Bangkok United, Weerathep Pomphan.
Apabila ditanya tentang status kecederaan pemain tengah Lamphun Warriors itu, Ishii memaklumkan beliau menunggu terlebih dahulu laporan pasukan perubatan sebelum membuat keputusan.
“Berkenaan status kecederaan Akarapong Pumwisat, maklumat itu belum lagi diterima jurulatih (Masatada Ishii) baik Jay, New (Peeradon Chamratsamee) atau Tor (Weerathep Pomphan),” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.
“Mereka merupakan tonggak utama di bahagian tengah, memastikan kawalan permainan yang ketat. Kecederaan Jay memberi impak besar kepada pasukan.”
Thailand ketinggalan 2-1 secara agregat selepas tewas kepada Pahlawan Bintang Emas dalam aksi final pertama. Dua gol Nguyen Xuan Son memberi kelebihan kepada Vietnam.
Gajah Perang berharap dapat mengatasi defisit dua gol dalam aksi final kedua di Stadium Rajamangala pada 5 Januari ini. Sekiranya Thailand menang, pasukan itu akan meraih kejuaraan buat kali kelapan.