Skuad kebangsaan Thailand berjaya meninggalkan Malaysia 35 tangga dengan sekelip mata.
Pasukan bimbingan Masatada Ishii memperagakan aksi cemerlang selepas mara ke pentas ASEAN Championship.
Gajah Perang terus unggul selaku pasukan terbaik di Asia Tenggara Tenggara apabila melonjak ke tangga ke-97 berdasarkan kemas kini ranking FIFA dengan 1231.17 mata.
Kedudukan ini diekori rapat oleh Vietnam yang juga juara ASEAN Championship berada pada kedudukan ke-114 dunia dengan 1164 mata.
Pasukan meningkat naik iaitu Indonesia menjadi pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara (127) dengan 1133 mata disusuli oleh Malaysia pada kedudukan ke-132 dunia.
Peningkatan Thailand ini juga membolehkan jaguh ASEAN ini menjarakkan diri dengan Harimau Malaya mencecah 35 tangga menjelang sepak mula Kelayakan Piala Asia 2027.
Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Nepal dan Laos manakala Thailand dalam Kumpulan D bersama Turkmenistan, Chinese Taipei dan Sri Lanka.
Ujian pertama Malaysia adalah aksi menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac depan.