Tiada Aksi Lee Zii Jia & Tang Jie-Ee Wei Di BAC
UltraSukan
Olympic Malaysia
Sponsors

Tiada kelibat Lee Zii Jia dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk saingan Badminton Asia Championship (BAC) 2025.

Semakan di laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) untuk kejohanan itu mendapati tiga bintang badminton negara itu berada dalam senarai menarik diri.

Ad

Ramai peminat badminton Malaysia percaya penarikan diri Zii Jia berpunca daripada kecederaan buku lali yang dialami dalam saingan All England Open baru-baru ini.

Ad

Kecederaan tersebut turut menyebabkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu menarik diri daripada menyertai Swiss Open.

Walau bagaimanapun, penarikan diri Tang Jie-Ee Wei yang mencuri perhatian peminat badminton negara.

Ad

Ini kerana belum ada sebarang kenyataan tentang sebab penarikan diri beregu campuran keempat dunia itu.

Ad

Perkara ini timbul tatkala khabar angin membabitkan Tang Jie-Ee Wei tersebar sejak beberapa hari lalu.

Ad

Beregu campuran kedua negara itu dilaporkan bakal berpisah kerana hubungan renggang antara kedua-dua pemain.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments