Advertising
Lee Zii Jia Mungkin Tarik Diri Swiss Open
UltraSukan
BA Malaysia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak menolak kemungkinan menarik diri daripada saingan Swiss Open.

Kemungkinan itu dinyatakan beliau selepas mengalami kecederaan buku lali dalam aksi pusingan pertama All England Open.

Ad

Kecederaan buku lali itu menyukarkan Zii Jia memberi tentangan kepada lawannya dari Hong Kong, Angus Ng Ka Lok. Pada akhirnya, bekas juara edisi 2021 itu tewas dengan keputusan 21-19, 16-21, 12-21.

Ad

Zii Jia memaklumkan beliau mahu menilai tahap kecederaannya terlebih dahulu. Ini termasuk merujuk kepada pakar perubatan sebelum memutuskan sama ada menyertai Swiss Open atau tidak.

“Saya perlu nilai tahap kecederaan saya terlebih dahulu. Saya mungkin menarik diri dari Swiss Open, bergantung kepada beberapa keadaan,” katanya selepas perlawanan.

Ad

“Dalam perlawanan set pertama hari ini, saya dapat rasakan saya alami kecederaan yang sama.

Ad

“Saya kena bincang dan rujuk dengan pasukan saya, nilai keadaan saya dan berkemungkinan berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat sebelum membuat apa-apa keputusan.”

Ad

Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, cabaran kem Malaysia dalam acara perseorangan lelaki Swiss Open bakal diketuai Leong Jun Hao.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments