Tiada Jalil Elias, Tiada Masalah
MakanBola
FA Malaysia

Pasukan kebangsaan Syria tidak berdepan sebarang masalah tanpa kelibat pemain tengah berbisa, Jalil Elias.

Tonggak berusia 27 tahun itu melengkapkan perpindahan ke kelab Argentina, Velez Sarsfield secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beliau bagaimanapun tidak mendapat panggilan Syria bagi aksi jendela FIFA bulan September untuk membantu negaranya beraksi di Intercontinental Cup 2024.

Pasukan bimbingan Hector Cuper tidak berdepan sebarang masalah untuk mencatatkan kemenangan berdepan Mauritius dengan keputusan 2-0 sebelum menundukkan pasukan ke-126 dunia, Syria 3-0 pada awal September lalu.

Jalil Elias tidak dipanggil ke kem Syria dengan posisinya digantikan oleh pemain muda Hannover 96, Mustafa Abdullatif dan juga Elmar Abraham yang beraksi di Sweden.

Kali terakhir bekas pemain San Lorenzo ini beraksi buat Syria adalah pada bulan Jun lalu ketika tewas 0-5 di tangan Jepun pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Jalil merupakan watak penting pasukan ke-92 dunia itu ketika di Piala Asia Qatar 2023 dan layak ke pusingan kalah mati sebelum tewas kepada Iran menerusi penentuan penalti.