Ads
“Tiada Pengalaman Punca Balik Awal” – Jurulatih Vietnam
Asia Tenggara
Vietnam FF

Pengendali skuad Vietnam Bawah 19 Tahun (B-19), Hua Hien Vinh menyifatkan ketiadaan pengalaman menjadi punca pasukan itu tersingkir dari Kejuaraan ASEAN B-19 2024.

Advertisements

Vietnam perlu menang ke atas Australia dalam aksi kedua Kumpulan B untuk menghidupkan peluang layak ke separuh akhir.

Advertisements

Malangnya, apa yang dimahukan Hien Vinh tidak kesampaian. The Young Socceroos yang dianggap antara pasukan pilihan kejohanan meraih kemenangan besar 6-2.

Advertisements
Advertisements

Itu sekaligus menutup peluang buat skuad muda Pahlawan Bintang Emas untuk layak ke separuh akhir kejohanan.

Hien Vinh melihat kekurangan pengalaman dalam kalangan anak buahnya menyukarkan mereka bersaing dalam kejohanan kompetitif seperti Kejuaraan ASEAN B-19 2024. Beliau berharap situasi ini akan jadi lebih baik apabila mereka bersaing dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-20 pula selepas ini.

Advertisements

“Amat jelas bahawa Vietnam B-19 tidak mempunyai pengalaman antarabangsa. Kali terakhir, pasukan ini mempunyai tiga perlawanan latihan di China tetapi ia masih tidak mencukupi untuk para pemain bersaing dan bersedia untuk kejohanan yang sangat kompetitif seperti ASEAN B-19.

“Semoga menerusi kejohanan ini, para pemain akan bertambah baik dan bersedia untuk kelayakan Asia B-20,” katanya seperti yang dilaporkan VNExpress.

Advertisements

Selepas ini, fokus Vietnam ialah pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 yang akan berlangsung pada September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram