“Tiada Tekanan Berdepan JDT” – Gerard Casas
UltraSukan
Pahang Rangers FC
Sponsors

Pengendali Pahang Rangers, Gerard Casas tidak mahu anak-anak buahnya dibebani tekanan melampau menjelang pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu.

Juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) musim lalu itu kini menduduki tangga kedua carta liga dengan 13 mata selepas lima perlawanan, dua mata ketinggalan di belakang pendahulu, JDT.

Ad

Meskipun kedua-dua pasukan masih belum mencatatkan sebarang kekalahan musim ini, namun Pahang Rangers ketinggalan selepas terikat seri ketika menentang Shah Alam City pada perlawanan pembukaan liga pada Februari lalu.

Ad

Oleh itu, kemenangan pastinya menjadi misi utama Pahang Rangers bagi memintas kedudukan JDT di samping meleburkan rekod tanpa kalah skuad Harimau Selatan itu pada musim ini.

Walau bagaimanapun, ketua jurulatih Pahang Rangers, Gerard Casas tidak mahu tekanan yang tinggi bagi meraih tiga mata menyebabkan corak permainan para pemainnya terjejas hingga merugikan pasukan.

Ad

Jelasnya, mereka tiba di Johor dengan mentaliti untuk meriah keputusan positif dalam pertembungan kali ini dan hanya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permainan di dalam gelanggang.

Ad

“Kami datang ke Johor dan akan cuba buat yang terbaik. Tiada sebarang tekanan, hanya fokus bermain cara kami, dan tunjukkan mentaliti yang betul,” ujar Gerard Casas dalam satu hantaran di Facebook Pahang Rangers.

Ad

Pahang Rangers bakal berkunjung ke selatan tanah air bagi aksi MPFL 2024 minggu keenam menentang pendahulu liga, JDT pada Sabtu, jam 8.30 malam di Stadium Tertutup Pasir Gudang.