MPFL: Juara Bertahan, Pahang Rangers Pamer Kebangkitan Ajaib Berdepan Shah Alam City
UltraSukan
Pahang Rangers
Advertisements

Juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim lepas, Pahang Rangers mempamerkan kebangkitan dengan meraih keputusan seri 6-6 dengan Shah Alam City.

Selepas meraih gelaran juara MPFL dan Piala Futsal Malaysia, Pahang Rangers dilihat mahu meneruskan pencapaian cemerlang mereka untuk musim 2024.

Dan mereka tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Felipe de Souza pada minit ketiga.

Advertisements

Dua minit kemudian, gawang Shah Alam City yang dikawal Amir Hakim bocor lagi menerusi gol bekas pemain KL City, Amirul Khairuddin.

Tersentak, Shah Alam City bangkit mengejar. Hasilnya, Zainal Abidin Hamzah melepaskan rembatan padu menewaskan penjaga gol terbaik MPFL musim lepas, Zainulzahin Sinuan pada minit ketujuh.

Razin Rahim kemudiannya mengikat kedudukan 2-2 selepas menyudahkan hantaran pemain import Brazil, Isaias Figuerido pada minit ke-13.

Advertisements

Perlawanan kemudiannya sedikit panas apabila Zainal Abidin didakwa mengasari tonggak Pahang Rangers, Ahmad Harith Naim. Beliau bernasib baik kerana hanya dilayangkan kad kuning pada minit ke-15.

Figuerido kemudiannya mencipta nama sebagai penjaring pada minit ke-17. Pahang Rangers makin tertekan apabila Zainal Abidin meledakkan satu lagi gol pada minit ke-19.

Harith memastikan Pahang Rangers tidak ketinggalan jauh dengan menyumbat gol ketiga seminit sebelum rehat. Keputusan 4-3 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, juara MPFL musim 2023 itu terus menggandakan serangan bagi mendapatkan gol penyamaan.

Hasilnya, Harith meledakkan gol kedua peribadinya pada minit ke-23 selepas menerima hantaran Murilo Saad.

Gol tersebut dibantah Shah Alam City kerana Murilo didakwa mengasari Figuerido semasa membuat hantaran bola. Bagaimanapun, gol tersebut tetap dikira dengan bantahan mereka ditolak.

Advertisements

Keceriaan Pahang Rangers tidak bertahan lama apabila Shah Alam City kembali di hadapan menerusi Farhan Khairul Anuar pada minit ke-25.

Pahang Rangers berusaha mencari gol penyamaan tetapi malangnya, setiap percubaan mereka dipatahkan barisan pertahanan Shah Alam City.

Sebaliknya, Farhan memastikan Shah Alam City semakin selesa di hadapan dengan gol kedua peribadinya pada minit ke-36.

Murilo kemudiannya mencemaskan Shah Alam City dengan menyumbat gol kelima Pahang Rangers pada minit ke-37.

Harith memastikan kedua-dua pasukan terikat 6-6 dengan mencipta hatrik pada minit ke-38. Keputusan 6-6 kekal sehingga tamat perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram