Xavi menganggap jawatan jurulatih Barcelona sudah tidak berbaloi lagi sewaktu mengumumkan peletakan jawatan beliau pada hujung musim ini.
Jurulatih itu merasakan dirinya tidak dihargai sehinggakan memberi kesan kepada kesihatan mental beliau.
“Semuanya akan lebih tenang sekarang dan kami boleh fokus bersaing untuk Liga Juara-Juara Eropah. Sekurang- kurangnya pihak media tidak akan membunuh saya lagi selepas keputusan ini. Ini juga lebih baik buat Barcelona.”
“Perasaan menjadi jurulatih Barcelona amat teruk dan tidak berbaloi. Begitu banyak kali saya tidak dihormati, kerja keras kami tidak dihargai dan ini menjejaskan kesihatan mental.” ujar Xavi menurut Sport Bible.
“Saya seorang yang positif tetapi tenaga saya telah habis dimana telah sampai satu tahap saya tak mampu untuk teruskan lagi.”
“Semua bekas jurulatih Barcelona mengalami masalah ini. Mustahil untuk Barcelona memiliki pengurus seperti Sir Alex Ferguson. Kita harus menukar arah serta dinamik kelab dan sekarang adalah waktunya.”
“Akhirnya semua jurulatih yang lalu meninggalkan kelab kerana sudah tidak berbaloi untuk berjuang. Saya akan berehat seketika selepas ini. Keluarga saya terkesan dengan perkara ini dan saya mahu bersama mereka.” jelasnya lagi.
Jurulatih berusia 44 tahun itu membantu The Catalans memenangi kejuaraan La Liga pada musim lalu namun kelab masih bergelut dalam kancah Liga Juara-Juara Eropah.
Barcelona ketika ini berada ditangga keempat La Liga setelah ketinggalan 11 mata dibelakang pendahulu, Girona yang mengumpul 55 mata.
Xavi membimbing Barcelona dalam situasi sukar memandangkan kelab tersebut mengalami masalah kewangan sehinggakan tidak dapat berbelanja besar untuk membeli pemain.
Malah beberapa pemain akademi berjaya diberi peluang oleh Xavi untuk membentuk skuad baharu seperi Gavi, Pedro, Lamine Yamal, Victor Rogue, Alejandro Balde serta Marc Guiu.