Xavi Umum Bakal Tinggalkan Barcelona
La Liga
FC Barcelona
Advertisements

Pengurus Barcelona membuat kejutan apabila mengumumkan bakal meninggalkan kelab Sepanyol itu.

Pengumuman ini dibuat oleh Xavi pada sidang media selepas perlawanan liga berdepan Villareal pada pagi Ahad.

””Saya ingin mengumumkan bahawa pada 30 Jun saya tidak akan meneruskan sebagai jurulatih di Barça. Saya fikir situasi ini perlu mengubah haluan, dan sebagai seorang peminat Barcelona, saya tidak boleh membenarkan keadaan semasa”, ucap beliau kepada media.

Advertisements

Pengurus berusia 44 tahun itu percaya keputusan ini adalah yang terbaik dan sudah bertemu lembaga pengarah kelab bagi membincangkan mengenai perkara ini.

“Saya mahu yang terbaik untuk kelab ini, dan saya percaya yang terbaik adalah saya perlu meninggalkan kelab ini pada 30 Jun nanti”, tambahnya lagi.

Xavi yang juga bekas pemain tengah kelab itu telah membimbing Barcelona sejak November 2021 dan telah mencatatkan 76 kemenangan, 20 seri dan 25 kekalahan dalam 121 perlawanan.

Advertisements

Pada aksi Barcelona dan Villareal tersebut, The Catalans dikecewakan Villareal 3-5 di laman sendiri dengan dua gol lawan dihasilkan pada masa kecederaan.

Gol-gol Barca dijaringkan oleh Illkay Gundogan, Pedri dan jaringan sendiri Eric Bailly manakala penjaring buat Villareal ialah gerard Moreno, Ilias Akhomach, Goncalo Guedes, Alexander Sorloth dan Jose Luis Morales.

Barcelona kini menduduki tangga ketiga La Liga dengan 44 mata, 10 mata di belakang pendahulu liga yang juga seteru utama, Real Madrid.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram