Aksi LaLiga Ditunda, Terowong Stadium Banjir Melimpah
MakanBola
Athletic Club

Aksi LaLiga antara Levante dan Athletic Bilbao ditunda susulan hujan lebat yang melanda kawasan sekitar Ciutat de Valencia.

Hujan lebat bukan saja menyebabkan padang stadium digenangi air. Malah, air melimpah sehingga masuk ke kawasan terowong stadium beberapa minit sebelum keputusan menunda perlawanan dibuat.

Keputusan menundan perlawanan kemudiannya diumumkan di laman sesawang rasmi Levante dan Bilbao. LaLiga turut memaklumkan akan mengumumkan tarikh dan waktu perlawanan baru apabila kedua-dua kelab mencapai persetujuan.

Susulan itu, rombongan pasukan yang berpangkalan di wilayah Basque itu akan kembali ke Bilbao pada Khamis sebagai persiapan untuk perlawanan pada 19 September ini.

Aksi pada tarikh tersebut menyaksikan Bilbao akan berdepan Deportivo Alaves di San Mames. Kelab itu ketika ini menduduki tangga kesembilan liga dengan tujuh mata.

Kelab itu telah meraih dua kemenangan, satu keputusan seri dan dua kekalahan setakat ini. Robert Navarro merupakan penjaring terbanyak Bilbao dengan dua gol setakat ini.