LaLiga

Kylian Mbappe Mohon Maaf

Mbappe Real Madrid CF 3 Kylian Mbappe Mohon Maaf
Real Madrid CF
Advertisements

Bintang Perancis, Kylian Mbappe tampil memohon maaf atas komennya yang dikatakan menghina tokoh China, Mao Zedong.

Komen tersebut dibuat dalam satu rancangan bual bicara Perancis, The Bridge. Mbappe dilaporkan merujuk meme figura yang menggunakan mukanya sebagai diktator China.

Meskipun figura tersebut tidak dinyatakan namanya, ramai pengguna media sosial percaya figura tersebut ialah Zedong. Selepas meme itu tular di media sosial China, ia mencetuskan kemarahan rakyat negara itu.

Malah, jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian turut menyifatkan meme berkenaan sebagai satu penghinaan kepada negara itu.

“Kami sedar dengan laporan yang relevan (dengan meme Mbappe). Kata-kata dan perbuatan yang menyinggung rakyat China sudah tentu akan berdepan tentangan daripada masyarakat China,” katanya seperti dilaporkan BBC.

Mbappe kemudiannya memohon maaf atas apa yang berlaku. “Saya tersilap bila membuat komen dan saya kini sedar ia menyakitkan ramai orang di China dan komuniti Cina di seluruh dunia.

“Saya mohon maaf kepada semua orang atas kata-kata yang menyakitkan itu,” katanya.

Meskipun begitu, itu tidak akan menghalang entiti-entiti China untuk memboikot Mbappe. CCTV memilih tidak menyiarkan semua perlawanan LaLiga susulan komen tersebut.

Jenama-jenama komersial China juga dilaporkan memutuskan semua bentuk hubungan dengan Mbappe secara senyap-senyap.