Arif Aiman Hanapi antara empat pemain terbaik Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Port FC.
Ini berdasarkan penilaian yang dibuat platform Sofascore sepanjang perlawanan yang berlangsung pada 27 Oktober lalu.
Arif bukan saja mendapat penilaian mata tertinggi iaitu 8.0 mata. Malah, beliau juga dipilih pemain terbaik perlawanan dengan 80% undian peminat.
Kapten JDT itu diekori rapat oleh rakan sepasukan, Stoichkov. Meskipun masuk sebagai pemain gantian, gol ketiganya membantu beliau mendapat markah 7.9.
Impak sama juga ditampilkan Bergson da Silva dalam perlawanan itu sebagai pemain gantian. Walaupun hanya sempat beraksi selama tujuh minit, gol keduanya memberi kelebihan kepada JDT.
Bergson berkongsi markah 7.6 dengan Jonathan Silva. Selain menjaringkan gol pendahuluan, Silva juga banyak membantu ketika JDT menyerang dan bertahan.


