ACL

ACLE: Ratchaburi ‘Rantai’ Kelab Jepun, Kashiwa Reysol

Kashiwa Reysol ACLE Ratchaburi FC ACLE: Ratchaburi ‘Rantai’ Kelab Jepun, Kashiwa Reysol
Ratchaburi FC
Advertisements

Ratchaburi mencipta kejutan dengan mengikat Kashiwa Reysol tanpa jaringan dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Selepas membelasah Port FC dalam aksi sebelumnya, kelebihan dilihat memihak kepada Kashiwa meskipun beraksi di gelanggang lawan.

Ini kerana kelab Jepun itu masih belum tewas dalam saingan ACLE setakat ini. Justeru, aksi menentang Ratchaburi dilihat peluang buat Kashiwa untuk meraih kemenangan kedua.

Meskipun begitu, Ratchaburi yang dibimbing bekas penyerang Kelantan, Worrawoot Srimaka memastikan gawang mereka tidak dirobek Kashiwa sehingga tamat perlawanan.

Lebih menarik, jentera tengah Ratchaburi dipimpin bekas pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Roque Mesa membantu pasukan itu kekal tanpa bolos.

Selain meraih mata pertama dalam ACLE, Ratchaburi juga memastikan mereka tidak mengalami nasib serupa dengan Port.

Sofascore memilih Taiyo Koga sebagai pemain terbaik perlawanan dengan 8.1 mata. Tarek Anggoun menjadi pemain terbaik Ratchaburi dengan 7.8 mata.

Selepas ini, Ratchaburi akan menentang satu lagi kelab Jepun, Vissel Kobe. Kashiwa pula akan menentang kelab Korea Selatan, Daejeon Hana Citizens.