ACL

Jurulatih Port Sebut Dua Faktor Kalah Kepada JDT

Bandovic Port FC Jurulatih Port Sebut Dua Faktor Kalah Kepada JDT
Port FC
Advertisements

Jurulatih Port FC, Bozidar Bandovic mendedahkan dua faktor yang menyebabkan anak buahnya kecundang di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selain kehilangan dua tonggak, Matheus Lins dan Kaka Mendes, faktor keletihan turut memberi kesan kepada persembahan pasukan itu di atas padang.

Bandovic percaya jika Lins dan Mendes cergas, ini boleh saja membantu pasukan itu menampilkan aksi berbeza bila menentang Harimau Selatan.

“Jika kita ada pilihan ini, pasukan kita lebih kuat dan mampu bermain seperti biasa. Saya mengeluarkan beliau dalam aksi terakhir liga, lima minit sebelum babak pertama dan saya fikir beliau boleh bermain.

“Tetapi mereka (pasukan perubatan) beritahu saya agar tidak mengambil risiko kerana kita ada perlawanan lain selepas ini.

“Jadi, kita perlu fikir tentang perkara itu. Dan sudah tentu saya fikir dua hari sebelum perlawanan, tempoh itu bagi saya tidak cukup untuk membuat persediaan dan berehat,” katanya dalam sidang media pascaperlawanan.

Port kecundang 3-0 kepada tuan rumah hasil jaringan Jonathan Silva, Bergson da Silva dan Stoichkov.

Kekalahan ini turut menyaksikan Port kini tewas buat kali ketiga berturut-turut di pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Selepas ini, Port akan menentang wakil China, Beijing Guoan.