Faisal Halim Singkap Dua Kualiti Indonesia
MakanBola
Malaysia National Team

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim mendedahkan dua kualiti yang dimiliki Indonesia menjelang aksi kedua Kumpulan A FIFA ASEAN Cup.

Selepas melihat permainan pasukan itu ketika menentang Singapura baru-baru ini, Faisal menyifatkan Tim Garuda bukan saja tersusun di bawah bimbingan John Herdman.

Malah, setiap hantaran yang direncana Indonesia cukup teratur dan lancar. Justeru, Faisal mahu Harimau Malaya menunjukkan aksi terbaik jika mahu meraih keputusan positif di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK).

“Kita melihat Indonesia melawan dengan Singapura. (Formasi permainan) begitu teratur, (hantaran-hantaran) begitu lancar permainannya. Ini adalah bola sepak, bola berbeza (dan) permainan berbeza.

“Ada satu pelawanan yang lain bertemu dengan Malaysia. Kekuatan berbeza masing-masing, kualiti berbeza. Saya berharap rakan-rakan semua dengan pasukan Harimau Malaya dapat memberikan satu persaingan yang terbaik untuk pelawanan pada malam esok,” katanya.

Gandingan Faisal, Arif Aiman Hanapi dan Bergson da Silva dijangka menjadi pilihan jurulatih interim negara, Tan Cheng Hoe untuk merobek Indonesia.

Malaysia turut mendapat berita baik apabila kesemua 23 pemain berada dalam keadaan terbaik dan sedia diturunkan bila menentang Tim Garuda.