Piala Dunia B-15 · Pusingan 32 Tier B
Afrika Selatan
4:45 PM
MYT
Malaysia
28 October 2026
Hovsan Competition Complex, Baku, Azerbaijan
Bermula dalam —

Live: Afrika Selatan vs Malaysia – Piala Dunia B-15

Saluran TV & live streaming rasmi

Afrika Selatan vs Malaysia

Pratonton perlawanan

Advertisements

Tonton aksi Afrika Selatan vs Malaysia dalam pusingan 32 terbaik Tier B Piala Dunia B-15 secara langsung dari Baku, Azerbaijan.

Skuad Malaysia B-15 bakal meneruskan cabaran dalam Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 apabila dijadualkan menentang Afrika Selatan dalam aksi pusingan 32 Tier B pada Rabu.

Perlawanan yang berlangsung di Hovsan Competition Complex, Baku, Azerbaijan itu dijadualkan bermula pada pukul 4.45 petang waktu Malaysia.

Skuad kendalian P. Maniam itu akan beraksi dalam Tier B yang menentukan kedudukan akhir pasukan di tangga ke-33 hingga ke-64 selepas gagal melayakkan diri ke Tier A.

Malaysia menamatkan saingan Kumpulan H di tempat kedua dengan mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan daripada lima perlawanan.

Antara keputusan yang dicatatkan Harimau Muda termasuk kemenangan 5-0 ke atas Ethiopia serta keputusan seri 1-1 menentang Hungary sebelum tewas tipis 0-1 kepada Mexico dalam aksi terakhir kumpulan.

Keputusan menentang Mexico menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua apabila lawan mereka itu mengungguli Kumpulan H dengan rekod kemenangan sempurna.

Afrika Selatan pula menamatkan saingan Kumpulan A di tempat kedua dengan 10 mata selepas mencatatkan tiga kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan.

Pasukan dari benua Afrika itu merekodkan 25 gol dan hanya melepaskan lima gol sepanjang lima perlawanan peringkat kumpulan, sekali gus menjadi antara pasukan yang perlu diberi perhatian oleh barisan pertahanan Malaysia.

Aksi menentang Afrika Selatan menjadi peluang buat Malaysia meneruskan kempen di Baku dengan kemenangan ketika kedua-dua pasukan bersaing untuk memperbaiki kedudukan akhir dalam kejohanan tersebut.

Berita berkaitan