Statistik menarik Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika menentang Port FC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) mencuri perhatian ramai penyokong.
Statistik perlawanan menunjukkan JDT merekodkan 27 percubaan, tujuh daripadanya merupakan percubaan tepat. Tiga gol terhasil daripada tujuh percubaan tepat itu.
Ini sama sekali berbeza dengan Port yang hanya merekodkan dua percubaan sahaja. Kelab Thailand itu juga gagal merekodkan percubaan tepat sepanjang perlawanan.
Seorang peminat bernama Meuadz menyifatkan bilangan percubaan anak buah Xisco Munoz yang banyak persis percubaan pasukan futsal.
“Main futsal ke sepak sampai 27?” katanya di ruang komen MakanBola. Pandangan itu turut dipersetujui seorang lagi penyokong bernama Kims84500_.
Dia menyifatkan bilangan percubaan tersebut sebagai komitmen semua pemain untuk memburu gol demi kemenangan JDT. “Gila statistik, semua kaki sepak,” ujarnya.
Kemenangan 3-0 menyaksikan JDT terus kekal tanpa kalah dalam saingan ACLE setakat ini. Keputusan ini melonjakkan JDT ke tangga kedua Liga Timur ACLE dengan tujuh mata.
Selepas ini, fokus anak buah Munoz beralih kepada satu lagi aksi ACLE menentang bekas juara K-League 1 musim 2025, Jeonbuk Hyundai Motors.


