Deportivo Alaves Dedikasi Gol Kepada Facundo Garces
MakanBola
Deportivo Alaves

Meskipun kini berehat panjang akibat kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL), nama Facundo Garces sentiasa dalam ingatan pemain Deportivo Alaves.

Ini terbukti apabila pemain Alaves, Ville Koski mengangkat jersi yang mempunyai nama Garces dalam aksi terbaru LaLiga menentang Racing Santander.

Selepas membuka tirai jaringan buat pelawat pada minit ke-18, Koski mengangkat jersi nombor lima milik bek tengah berusia 27 tahun itu.

Alaves memuat naik gambar tersebut di semua platform rasmi mereka. Gambar itu turut disertakan dengan kenyataan ini, “Penjaring gol liga dengan dedikasi. Anda akan kembali bangkit dengan lebih kuat, Facundo Garces!” katanya.

Meskipun begitu, Alaves gagal meneruskan rentak positif apabila tewas 2-1 kepada Santander. Santander meraih kemenangan menerusi dua gol Yassir Zabiri walaupun beraksi dengan 10 pemain.

Garces yang pernah mewakili Harimau Malaya terpaksa melupakan sebahagian besar kempen Alaves musim ini susulan kecederaan ACL yang dialami baru-baru ini.

Berita tersebut juga dijangka mendorong Alaves mendapatkan beberapa pemain baharu terutama di bahagian pertahanan dalam tetingkap perpindahan Januari 2027.