Tiga Nama Dalam Radar Jaguh Eropah
Asia
AFC
Advertisements

Kelab gergasi Eropah kini mula memantau aksi pemain yang beraksi di Liga Juara-Juara AFC (ACL) untuk dibawa ke Eropah.

Tiga nama pemain bintang Asia mula dikaitkan dengan perpindahan ke liga yang lebih berprestij setelah berjaya mempamerkan aksi yang cukup memukau di Asia.

Hal ini termasuklah persembahan yang dipamerkan dalam kancah domestik sekaligus bakal menyaksikan beberapa lagi bintang akan terbang ke Eropah.

Advertisements

Memetik beberapa laporan daripada media di Jepun, terdapat pemain utama Kawasaki Frontale yang kini berada dalam radar kelab Liga Croatia, Dinamo Zagreb iaitu Yuya Asano, Yasuto Wakizaka dan juga Diaki Hashioka.

“Yuya Asano, Yasuto Wakizaka, dan Daiki Hashioka adalah pemain yang dikehendaki oleh Dinamo Zagreb.”

Wakizaka telah beraksi hampir 36 perlawanan dalam kesebelasan utama pasukan termasuklah membantu skuad kendalian Toru Oniki layak ke pusingan kalah mati ACL musim ini.

Advertisements

Pemain berusia 28 tahun ini merupakan pemain terbaik perlawanan ketika mencatatkan dua jaringan dan satu bantuan jaringan ketika membantu Kawasaki Frontale membenam BG Pathum United.

Asano & Hashioka pula juga merupakan pemain utama bersama kelab masing-masing sekaligus membuktikan kualiti liga di Asia mendapat perhatian di Eropah.

Aksi di pentas Piala Asia 2023 akan mengukuhkan lagi langkah tiga pemain ini untuk menapak di pentas bola sepak Eropah bagi musim baharu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram