Tiket Final Pestabola Merdeka 2023 Terima Sambutan Hangat
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Menjelang aksi final Pestabola Merdeka 2023 yang berlangsung esok, jualan tiket perlawanan itu mendapat sambutan hangat.

Aksi final ini menjadi tumpuan selepas Malaysia berjaya mengalahkan India 4-2 dalam aksi pertama Pestabola Merdeka pada 13 Oktober lalu.

Ad
Sponsors

Sokongan padu penyokong amat ditagih bukan saja mewujudkan atmosfera Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang lebih meriah.

Ad

Malah, ini bakal membuatkan lawan Harimau Malaya gerun seperti yang dialami India dalam aksi pada 13 Oktober lalu.

Dan hari ini, FAM mengumumkan 20,368 tiket sudah terjual untuk aksi final yang menemukan Malaysia dan Tajikistan.

Ad

Jumlah tiket ini dijangka bertambah sebelum sepak mula yang dijadual bermula pada jam 9.00 malam esok.

Ad

Sekiranya Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan esok, trofi Pestabola Merdeka bakal menjadi trofi pertama di bawah era jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon.