Tiket Habis, Terdapat Penyokong Terengganu Mula Naik Minyak
Dunia
Peteh Ganu Peteh
Advertisements

Aksi separuh akhir Piala FA yang menemukan dua pasukan gergasi tanah air, Terengganu FC dan Selangor FC bakal menjadi tumpuan para peminat bola sepak tanah air.

Apatah lagi kedua-dua pasukan itu kini berada di kelompok pertengahan Liga Super dan dilihat agak sukar untuk mengejar pendahulu liga ketika ini, Johor Darul Ta’zim (JDT). Piala FA merupakan satu-satunya jalan terbaik buat Terengganu dan Selangor untuk beraksi di kejohanan peringkat Asia musim hadapan.

Kehangatan bahang perlawanan malam ini jelas terasa apabila Terengganu mengumumkan kesemua tiket untuk menonton perlawanan ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sudah habis dijual. Ini menandakan malam ini semua tempat duduk penonton akan diisi dengan barisan penyokong kedua-dua pasukan.

Advertisements

Namun begitu, ada berita yang kurang enak untuk didengari apabila ada segelintir penyokong Terengganu yang ‘naik minyak’ selepas mereka gagal mendapatkan tiket perlawanan malam ini. Dalam video tersebut, dilihat terdapat beberapa penyokong yang memanjat pagar stadium dan meluahkan kemarahan mereka.

Difahamkan jumlah yang penyokong yang gagal mendapatkan tiket perlawanan malam ini bukanlah dalam kiraan yang sedikit. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya akur dengan situasi kehabisan tiket itu dan sehingga kini tiada insiden kekecohan luar biasa yang dilaporkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram