Tiket Separuh Akhir Malaysia vs Thailand Habis Dijual
MakanBola
Media Sosial
Sponsors

Ibarat perlawanan akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, jualan tiket perlawanan separuh akhir 1 di antara Malaysia dan Thailand difahamkan telah habis dijual.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi tiket perlawanan telahpun terjual sebanyak 59,000.

Ad

Perlawanan separuh akhir Piala AFF ini bakal berlangsung di gelanggang keramat iaitu Stadium Nasioanl Bukit Jalil mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Tiket yang dijual bagi perlawanan ini dilaporkan sudah pun habis terjual bagi aksi yang bakal berlangsung pada Sabtu, 14 Januari ini.

Ad

Bagaimanapun, MakanBola difahamkan dalam kenyataan baru-baru ini hasrat menyaksikan Stadium Nasional Bukit Jalil penuh tidak kesampaian kerana FAM telah mengumumkan hanya 59,000 tiket akan dijual untuk pertembungan konsert Jay Chou.

Ad