Advertising
Tim Cahill: Persediaan Ini Benar-benar Luar Biasa
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Legenda Australia, Tim Cahill mengakui persediaan yang dibuat kelab Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) untuk menjadi sebuah kelab ternama sememangnya luar biasa.

Pengamatan itu dibuat beliau selepas mengadakan lawatan ke kelab berkenaan baru-baru ini.

Ad

Cahill bukan saja berpeluang meninjau kemudahan Harimau Selatan seperti Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan Padang Seri Gelam.

Ad

Legenda Everton itu turut mengadakan pertemuan dengan pemilik pasukan, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Hasil daripada pertemuan itu, Tunku Ismail memberi bayangan Harimau Selatan akan melalui era baru.

Ad

Ini kerana Cahill kini menggalas peranan sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) dan penasihat kepada presiden badan induk itu, Jassim Rashid Al Buenain.

Ad

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, beliau menyifatkan kelengkapan dan kemudahan yang dimiliki JDT sebagai luar biasa. Dan Cahill percaya itu hanyalah permulaan untuk Harimau Selatan untuk lebih maju selepas ini.

Ad

“Bola sepak tidak pernah tidur. Persediaan (yang dibuat JDT) ini benar-benar luar biasa dan ini hanya permulaan,” katanya.

Nama Cahill amat dikenali peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana beraksi untuk Everton dari 2004 hingga 2012.

Selain The Toffees, beliau pernah beraksi untuk Milwall, New York Red Bulls, Shanghai Shenhua, Hangzhou Greentown, Melbourne City dan Jamshedpur.