Advertising
Lagenda Australia, Tim Cahill Kunjungi JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Lagenda bola sepak Australia, Tim Cahill telah melakukan satu kunjungan ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara ini dikongsikan oleh Johor Southern Tigers mengenai kehadiran bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk melawat sekitar Stadium Sultan Ibrahim.

Beliau juga turut berkunjung ke Padang Seri Gelam untuk melihat fasiliti bertaraf antarabangsa yang dimiliki oleh skuad Harimau Selatan.

Ad

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima kunjungan Tim Cahill, bekas pemain kebangsaan Australia dan Everton pada hari ini, 11 Mei 2024.

Ad

“Tim Cahill dibawa melawat sekitar Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dan turut berkunjung ke Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam. Luaskan Kuasamu Johor,” ujar laman JST.

Tim Cahill beraksi sejak tahun 2004 bersama Everton sehingga 2012 sebelum berkelana bersama beberapa kelab lain seperti New York, Shanghai Shenua, Melbourne City, Milwall dan juga kelab India, Jamshedpur pada tahun 2018.

Ad
Ad

Hubungan baik pemilik kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor juga baru-baru ini telah bertemu dengan lagenda Portugal,Luis Figo bagi membincangkan tentang hola sepak.

Tunku Ismail juga menjemput beliau untuk mengadakan lawatan ke Johor Bahru, Johor.

Lagenda Portugal itu bukan saja menggalas peranan sebagai duta Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) malah turut memegang peranan sebagai penasihat kepada badan induk bola sepak Eropah itu selepas menerima perlantikan jawatan itu pada Oktober 2017