Tunku Ismail Bertemu Luis Figo Dengan Dua Sebab
Eropah
Johor Southern Tigers
Advertisements

Peminat bola sepak negara teruja apabila Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan legenda Portugal, Luis Figo.

Pertemuan Tunku Ismail dan legenda Real Madrid itu diadakan semalam dalam suasana yang mesra. Pertemuan dua figura berkenaan turut dikongsikan oleh halaman Johor Southern Tigers.

Kedua-duanya mengadakan diskusi tentang perkembangan semasa dunia bola sepak termasuk aspek pembangunan sukan berkenaan.

Advertisements

Hal ini amat bersesuaian dengan status Figo. Ini kerana legenda Portugal itu bukan saja menggalas peranan sebagai duta Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Malah, Figo juga memegang peranan sebagai penasihat kepada badan induk bola sepak Eropah itu selepas menerima perlantikan jawatan itu pada Oktober 2017.

Selain diskusi tentang perkembangan bola sepak, Tunku Ismail turut menjemput beliau untuk mengadakan lawatan ke Johor Bahru, Johor.

Advertisements

Ini kerana baginda percaya lawatan tersebut boleh membawa kepada siri diskusi yang lebih mendalam yang mampu memberi manfaat kepada bola sepak negeri Johor dan Malaysia amnya.

Pertemuan ini dipercayai berlaku beberapa jam sebelum perlawanan El Clasico membabitkan dua kelab lama Figo, Real Madrid dan Barcelona di Stadium Santiago Bernabeu.

Perlawanan tersebut turut dihadiri oleh Tunku Ismail menerusi siri foto yang dimuatnaik di akaun Instagram peribadi baginda.

Advertisements

Menariknya, baginda turut memberi bayangan dalam hantaran sama bahawa sesuatu yang besar akan tiba.

Ramai peminat JDT berspekulasi bayangan Tunku Ismail itu merujuk kepada perpindahan pemain berstatus bintang ke pasukan gergasi selatan tanah air itu.

Ada juga yang percaya hantaran baginda itu merujuk kepada kerjasama JDT dengan sebuah kelab gergasi Sepanyol.

Advertisements

Sebelum ini, Harimau Selatan pernah menjalin kerjasama dengan kelab La Liga, Valencia bagi membantu pembangunan akademi bola sepak pasukan itu.

Menerusi kerjasama berkenaan, kelab yang diberi jolokan Los Che itu memberi bantuan kepada akademi JDT dari segi kepakaran dan kejurulatihan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram