Timnas Indonesia dilaporkan berminat untuk menguji kekuatan Harimau Malaya pada bulan September ini.
Perkara ini dilaporkan oleh ASEAN Football mengenai usaha pasukan bimbingan Patrick Kluivert untuk berdepan Malaysia dalam satu kejohanan tiga penjuru yang bakal diadakan tahun ini.
Kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 9 September itu adalah dalam kalendar FIFA dan melibatkan penyertaan tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia dan juga jaguh Timur Tengah, Lubnan.
Situasi ini boleh berubah sekiranya Indonesia berjaya melangkah ke pentas akhir Piala Dunia 2026.
Pertemuan Indonesia-Malaysia sudah pasti menjadi tumpuan peminat Asia Tenggara susulan perseteruan yang sudah lama terjalin.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada tahun 2021 pada aksi Piala AFF yang menyaksikan Indonesia kendalian Shin Tae-yong merekodkan kemenangan 4-1.
Indonesia kini merupakan pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara pada tangga ke-123 dunia manakala Harimau Malaya mengekori rapat di tangga ke-131 dunia.
Harimau Malaya bagaimanapun masih segar dengan kejayaan menumpaskan Lubnan pada aksi final Pestabola Merdeka 2024 dengan keputusan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), September lalu.
Pasukan kebangsaan kini dibimbing oleh pengendali kelahiran Australia, Peter Cklamovski sejak awal