Timor Leste bakal diperkuatkan dengan kehadiran tiga bintang warisan yang berpangkalan di Australia.
Tiga bintang tersebut ialah Beckham Baker, Liam Farrugia dan Jonah Madeira. Tiga pemain ini diperkenalkan Persekutuan Bola Sepak Timor Leste (FFTL) baru-baru ini.
“Tiga generasi orang Timor yang tinggal di Australia telah datang ke Timor-Leste dan ingin mengukuhkan skuad kebangsaan Timor-Leste. Justeru, mereka telah memperkenalkan diri mereka kepada FFTL pada 17 Februari 2025,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.
“Tiga pemain dari Australia datang ke Timor-Leste ditemani keluarga mereka dan diterima oleh Pengarah Perkhidmatan Pemilihan Kebangsaan, Encik João Maneco Soares Amaral.
“Beckham Baker Soares kini bermain untuk Melbourne City FC, Liam Farrugia de Oliveira bermain untuk Manningham United FC dan Jonah Madeira bermain untuk Craigieburn FC.”
Kehadiran tiga pemain ini dapat direalisasikan kerana Timor Leste membenarkan rakyat yang berdarah warisan memiliki dwi-kerakyatan. Polisi sama turut digunakan oleh Thailand dan Filipina.
Tiga bintang tersebut bakal memberi pilihan tambahan kepada jurulatih Timor Leste, Simon Elissetche menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2027.
Pasukan itu akan membuka kempen kelayakan dengan menentang Tajikistan pada 25 Mac ini.