Timor Leste Tak Gembira, Taktikal Bola Jauh Malaysia Jadi Perangkap
MakanBola
FF Timor Leste
Sponsors

Timor Leste tidak gembira apabila tewas saat akhir kepada Malaysia pada aksi kedua ASEAN Championship.

Perkara ini dizahirkan oleh pengendali Timor Leste, Simon Elissetche yang melihat bahawa anak buahnya telah berjuang sehabis baik.

Ad
Sponsors

Pasukan ke-196 dunia itu cuba mengejutkan Harimau Malaya namun akur tunduk dengan keputusan 3-2 di Bukit Jalil.

Ad

Beliau bagaimanapun bangga dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya dan yakin persediaan menentang Singapura dan Kemboja bakal menjadi lebih baik.

“Kita tidak gembira dengan kekalahan ini. Saya lihat perbezaan fokus antara aksi Thailand dan Malaysia. Kecederaan pemain utama mengganggu rentak kami dan menjejaskan fokus pasukan.

Ad

“Saya lihat mereka melakukan kerja pada malam ini namun tidak gembira dengan kekalahan ini,” katanya selepas perlawanan malam ini.

Ad

Pengendali berusia 47 tahun ini akur tewas dengan corak bola jauh pemain negara yang memerangkap barisan pertahanan namun mahu lebih bersedia bagi aksi berikutnya.

Ad

“Perkara pertama adalah aksi ketiga menentang Singapura dan Kemboja, kapten kami akan memperkuat pasukan. Itu motivasi terbaik pasukan kami. Kita akan turun dengan kondisi lebih baik dan mahu mencipta sejarah buat Timor Leste.

“Kami fokus untuk memastikan pemain bertenaga untuk menandingi Malaysia terutamanya dari segi bola jarak jauh namun ia beberapa kali menjadi masalah buat kami,” tambahnya.

Kemenangan itu membolehkan Harimau Malaya mengumpul 4 mata daripada dua perlawanan dan bakal berdepan Thailand pada 14 Disember ini di Bangkok.