Tindakan 5 Pemain JDT Di Stadium Darul Aman Raih Pujian
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tindakan lima pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai dan ada di kalangan penyokong yang memberikan pujian.

Lima pemain yang dimaksudkan ialah kapten pasukan, Matthew Davies, tiga penyerang iaitu Bergson, Romel Morales dan Heberty serta pemain sayap lincah, Oscar Arribas.

Ad

Kelima-lima pemain ini dilihat telah melindungi kanak-kanak pengiring pasukan daripada terkena air hujan dengan menggunakan jaket pasukan.

Ad

Tindakan lima pemain ini telah tular di laman Tiktok yang dikongsikan Madmoscow. Video tersebut sehingga kini telah mencapai hampir 246 ribu tontonan selain lebih 13 ribu tanda suka.

Melalui tinjauan di ruangan komen, rata-rata penyokong memuji tindakan murni kelima-lima pemain itu sambil ramai yang turut mengucapkan terima kasih.

Ad

Dalam aksi Liga Super di antara kedua-dua pasukan itu pada 29 Mac lalu, Kedah yang beraksi di laman sendiri terpaksa akur tewas besar dengan keputusan 1-6 kepada JDT yang sudah pun mengesahkan kejuaraan liga musim ini.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments