Kelibat pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi di terowong Stadium Likas mencuri perhatian ramai.
Arif dilihat sempat melayan beberapa penyokong Sabah FC yang mahukan tandatangan beliau dan ada juga penyokong yang sempat bergambar bersama beliau.
Perilaku mesra Arif Aiman itu sempat dirakam lensa salah seorang penyokong Sabah dan ianya mendapat reaksi positif peminat bola sepak tempatan di laman Youtube.
Video berdurasi 3 minit itu juga menyaksikan salah seorang pemain Sabah turut sempat melayani permintaan peminat yang mahu bergambar dengan beliau.
Momen Arif bersama penyokong Sabah itu difahamkan terjadi ketika pertemuan di antara Sabah dan JDT pada 13 Julai yang lalu yang mana menyaksikan JDT menang dengan keputusan 3-1.
Ini bukanlah kali pertama Arif Aiman melayani permintaan penyokong pasukan lawan kerana sebelum ini, Arif turut pernah melayani permintaan dari penyokong Kedah di Stadium Darul Aman pada 19 Julai lalu.