Tindakan Pantas & Tepat FAM Wajar Diberikan Pujian
Blog
FA Malaysia
Advertisements

Walaupun pengumuman barisan kejurulatihan baru skuad kebangsaan menerima maklum balas berbeza, sekurang-kurangnya ia memberi harapan baru kepada Malaysia.

Suka atau tidak, Kim Pan-gon adalah Ketua Jurulatih Malaysia yang baru.

Tindakan pantas FAM mengumumkan Ketua Jurulatih Baharu Malaysia wajar diberikan pujian. Selain itu hasil bedah siasat yang dibentangkan sebenarnya memiliki kualitinya tersendiri.

Advertisements

Ianya berjaya membuka diskusi positif buat semua pihak tidak kira FAM mahupun penyokong bola sepak Malaysia.

Penyokong memang marah dan bising sebelum ini kerana jelas dan terang, kita bercakap berkenaan skuad Harimau Malaya. Kita bercakap tentang 100,000 penyokong yang akan memenuhi stadium ketika memberikan sokongan.

Tanpa penyokong, bola sepak tiada maknanya dan tanpa FAM maka tidak wujudlah skuad kebangsaan.

Advertisements

Memilih jurulatih yang bersesuaian

Sebahagian penyokong berpendapat FAM perlu membawa masuk jurulatih yang mempunyai pencapian, pernah memenangi piala dan macam-macam lagi. Namun ianya hanya salah satu elemen kejayaan sesebuah pasukan.

Hakikatnya, jurulatih yang mampu beradaptasi dengan budaya setempat dan memiliki pengetahuan luas dengan pasaran yang dimasukinya (Malaysia) merupakan salah satu elemen penting kejayaan seorang jurulatih.

Kim Pan-gon benar-benar memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan oleh FAM dan Datuk Hamidin tidak bercakap kosong mengenainya.

Advertisements

Membawa masuk penuh barisan kejurulatihan Korea Selatan

Jika dulu kita berpendapat perlunya mengguna pakai penolong jurulatih tempatan, namun kemasukan Kim Pan-gon sedikit berbeza. Beliau mahir berbahasa Inggeris dan memiliki penganalisis khusus yang mampu mengenal pasti pemain yang layak dipanggil mewakili negara.

Bukankah sewaktu zaman Tan Cheng Hoe dulu penyokong kerap mempersoalkan pemilihan pemain yang dikatakan tidak adil? Tan Cheng Hoe sebenarnya beberapa kali cuba ‘mendengar’ saranan netizen namun bukan semua pemain yang dicanangkan bersedia untuk memberikan impak untuk perlawanan antarabangsa.

Kini Kim Pan-gon membawa 4 penolong tambahan dan ini adalah satu langkah yang baik agar beliau mampu mengoptimumkan falsafah yang ingin beliau bawa.

Advertisements

Tidak meletakkan KPI khusus

Pendapat ini tidak popular malah ramai mempersoalkan mengapa FAM tidak meletakkan KPI khusus kepada barisan kejurulatihan baru.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan FAM tidak meletakkan KPI khusus kepada Kim Pan-gon. Ini pilihan bijak FAM yang menunjukkan mereka kini komited untuk meningkatkan ‘komunikasi berkesan’ kepada ahli pasukannya.

Bagaimana untuk seorang jurulatih mempersetujui KPI sedangkan beliau belum mula bekerja? Sekurangnya barisan kejurulatihan baru perlu mengadakan beberapa latihan pusat dan perlawanan persahabatan sebelum mampu menilai kemampuan sebenar pemain yang beraksi di Liga-M.

Tekanan yang tidak sepatutnya kepada seorang jurulatih harus dielak dan biarkan mereka membina sendiri pasukan yang dikehendakinya.

Merancang memperkemas komunikasi berkesan

Antara permasalahan terbesar yang dikesan oleh barisan pembedah siasat kegagalan Malaysia di Piala AFF adalah berkaitan permasalahan KOMUNIKASI BERKESAN.

Tiada komunikasi yang jelas antara pengurusan, jurulatih, dan pengurusan liga (MFL) dalam mengatur jadual liga sehingga memberi kesan kepada skuad kebangsaan.

Datuk Hamidin turut dengan rendah dirinya menerima segala teguran dan permasalahan yang dibangkitkan oleh barisan penilai maka ini satu tindakan yang wajar dipuji.

Selain itu, sidang Q&A bersama media seperti ini turut satu tindakan yang baik dari pihak FAM agar penyokong jelas dan terang apa tindakan dan perancangan FAM untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.

….

Harapan Penyokong Malaysia

Ya, sudah tentu untuk layak ke Piala Asia. Malaysia memiliki barisan pemain yang baik jika diteliti secara khusus terutamanya sebelum pandemik. Skuad Tan Cheng Hoe beraksi dengan cukup baik dan matang sekaligus membuktikan Malaysia sudah memiliki barisan pemain baik.

Beberapa siri kecederaan dan persediaan sebelum ini yang kurang sudahpun diolah oleh Datuk Dell Akbar Khan.

Walaubagaimanapun biarkan barisan kejurulatihan baru ini menilai dan membuat keputusan dan memberikan kerangka hala tuju yang bersesuaian.

Mereka ibarat barisan konsultan dan pakar yang tahu dan faham apa yang mereka sedang lakukan.

Selain mampu bersaing dalam pusingan kelayakan Piala Asia kelak, sekurang-kurangnya diharapkan FAM memperkasa projek pembangunan pemain muda dengan baik dan ikhlas.

Bukan masalah besar jika FAM kembali bekerjasama dengan individu-individu ‘panas’ sebelum ini. Berlapang dadalah dan bekerjalah bersama-sama membangunkan bola sepak Malaysia kerana bola sepak jelas bukan milik seseorang/organisasi tetapi milik KITA SEMUA rakyat Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram