Kelebihan Kim Pan-gon Buat Harimau Malaya Yang Ramai Tak Tahu
Blog
Edward Wong
Advertisements

Pengumuman Ketua Jurulatih baru skuad kebangsaan menerima maklum balas berbeza dari kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Namun kehadiran Kim Pan-gon sedikit sebanyak memberikan sinar harapan baru buat Malaysia untuk memperbetulkan segala kesilapan dan kelemahan selama ini.

Boleh dikatakan, rata-rata penyokong ingin Persatuan Bolasepak Malaysia melantik jurulatih dari Korea dan Jepun dan akhirnya ia tercapai selepas Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan perlantikan Kim Pan-gon dan barisan kejurulatihannya ke dalam skuad Harimau Malaya.

Advertisements

Berikut adalah antara elemen dan pakej penting yang dimiliki Kim Pan-gon yang dilihat mampu membantu Harimau Malaya kembali disegani di rantau ini.

Boleh berbahasa Inggeris

Umum mengetahui kesukaran rakyat Korea berbahasa Inggeris, namun hal ini tidak terjadi kepada Kim Pan-gon kerana beliau benar-benar mahir berbahasa Inggeris.

Hal ini amat penting buat pasukan Malaysia di mana rata-rata pemain memahami dan boleh berbicara dalam Bahasa Inggeris.

Advertisements

Memahami bola sepak Malaysia & serantau dengan baik

Kim Pan-gon mempunyai pengetahuan yang sangat luas dengan bola sepak Asia dan beliau mempunyai barisan pembantu yang akan membantunya membuat analisis dalam apa jua tindakan.

Jangan terkejut kerana Kim Pan-gon pernah memilih Malaysia sebagai lawan buat pasukannya dalam satu perlawanan persahabatan disebabkan analisis yang dilakukan sebelum itu.

“Kami memilih Malaysia (untuk perlawanan persabahatan) kerana mempunyai corak permainan sama (dengan Maldive), boleh jadi laju dan sangat teknikal.

Advertisements

“Kami perlu menghalang mereka dan ini peluang baik. Saya harap kami akan mempamerkan aksi terbaik bertemu Malaysia.” Jelas beliau pada tahun 2015 kepada wartawan di Stadium Shah Alam (Sumber).

Menjiwai penduduk setempat

Beliau akan mencuba sebaik mungkin untuk menjiwai tempat dia bekerja. Semasa melatih pasukan Hong Kong, beliau memberitahu wartawan bahawa beliau sanggup mati untuk Hong Kong.

Sikap beliau yang peramah kepada orang tempatan menyenangkan warga Hong Kong namun kemerosotan aksi pasukan Hong Kong pada tahun 2017 menyebabkan beliau meletakkan jawatan sebelum bertemu Korea Utara dan mencari hala tuju baru.

Advertisements

“Apabila saya datang ke Hong Kong, saya benar-benar ingin mati untuk Hong Kong.” (Sumber MatreeFootballScout)

Tegas & bermotivasi

Wartawan di Hong Kong contohnya sangat senang menemuramah Kim Pan-gon. Beliau disifatkan sebagai seorang yang bersemangat dan positif ketika berkata-kata.

Beliau pernah memberikan kata-kata motivasi kepada media TV terhadap mana-mana pemain yang ingin beraksi bersama Hong Kong agar bermain bermati-matian demi negara. (Sumber MatreeFootballScout)

….

Berkaitan kemahiran taktikal dan kejayaan sebelum ini, ianya adalah satu perkara yang subjektif kerana jurulatih sehebat Jose Mourinho sekalipun belum tentu mampu menyelesaikan masalah yang berlaku di kem skuad kebangsaan negara.

Jadi mungkin ada baiknya untuk penyokong mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat disamping memberikan sedikit peluang dan ruang buat barisan kejurulatihan baru membuat perancangan penambahbaikan.

Selain memiliki barisan kejurulatihan tersendiri yang dijangka bakal membantunya membina pasukan Malaysia dengan lebih tersusun, beliau turut mempunya elemen dan pakej lengkap yang bersesuaian dengan budaya bola sepak di Malaysia.

FAM sebelum ini menerusi kenyataan Datuk Hamidin menjelaskan bahawa Kim Pan-gon memenuhi syarat yang bersesuaian dengan budaya skuad negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram